Pengaruh Maimonides
Maimonides adalah salah seorang tokoh yang paling berpengaruh dalam
falsafah Yahudi zaman pertengahan. Satu ungkapan popular zaman
pertengahan yang juga menjadi epitafnya menyatakan Daripada Moshe (ibn Imran) kepada Moshe (ibn Maimon) tiada seorang pun yang serupa dengan Moshe.
Sarjana-sarjana Yahudi radikal dalam kurun-kurun berikutnya dapat
dicirikan sebagai "pro-Maimonides" atau "anti-Maimonides."
Sarjana-sarjana sederhana mengamalkan eklektisime yang sebahagian
besarnya menerima pandangan dunia Aristotelianisme
Maimonides, tetapi menolak elemen-elemen yang dianggap mereka
bertentangan dengan tradisi agama. Eklektisisme sebegitu mencapai
puncaknya pada kurun-kurun ke-14 dan 15.
Kritik yang paling keras di zaman pertengahan adalah Or Adonai oleh Hasdai Crescas.
Crescas menentang arah aliran eklektik itu dengan memusnahkan kepastian
pandangan dunia Aristotelianisme, bukan sahaja dalam urusan keagamaan,
malah dalam bidang-bidang sains paling asas pada zaman pertengahan
(seperti fizik dan geometri). Kritik Cescas mendorong sebilangan sarjana
kurun ke-15 untuk menulis pembelaan bagi Maimonides.
Terjemahan karya
Crescas telah dihasilkan oleh Harry Austryn Wolfson dari Harvard University pada tahun 1929.
Sumber Rujukan :https://ms.wikipedia.org/wiki/Maimonides
Comments
Post a Comment